Bukit Keluang, Besut Terengganu

BESUT ialah sebuah daerah di utara Terengganu, Malaysia. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh sementara pusat pentadbiran ialah di Kampung Raja. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar (304,848 ekar) dan penduduk seramai 118,058 (statistik tahun 1991).

Daerah ini mempunyai pelbagai tempat dan kawasan menarik yang menjadi tumpuan para pelancong tempatan mahupun luar. Berikut adalah beberapa lokasi popular:

Pantai air tawar

Selain dari Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar juga merupakan destinasi pelancongan popular di Daerah Besut. Di pantai yang menjadi tumpuan pelancong ini, aktiviti yang sering dilakukan pengunjung ialah berkelah dan mandi-manda. Ada juga pengunjung yang memilih hanya untuk bersiar-bersiar menikmati keindahan pemandangan di tepi Pantai Air Tawar ini.

Bukit Keluang

Pantai Bukit Keluang di Daerah Besut merupakan satu lagi pantai yang menjadi tumpuan pelancong. Pantai ini mempunyai daya tarikan dan keindahan yang tersendiri.

Dengan pantai yang bersih dan pasir memutih, Pantai Bukit Keluang kini menjadi destinasi pilihan untuk bercuti pada hujung minggu dan hari cuti.

Hutan Lipur Lata Tembakah

Hutan Lipur Lata Tembakah atau juga dikenali Hutan Rekreasi Lata Tembakah yang mula dimajukan dalam tahun 1987 terletak di kawasan Hutan Simpan Pelagat dalam Daerah Besut.

Ianya merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu.

Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long

Besut telah diisytiharkan sebagai Daerah Ukiran Kayu pada Ogos 1999 sebagai satu pengiktirafan ke atas pengukir-pengukir kayu yang terkenal di Daerah Besut seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999), Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997), Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) dan Norhaiza Bin Nordin.

Hutan Lipur Lata Belatan

Hutan Lipur Lata Belatan terletak dalam kawasan pentadbiran Pejabat Hutan Terengganu Utara dan merangkumi kawasan seluas 20 hektar. Jarak Hutan Lipur Lata Belatan dari Bandar Jertih ialah 15 km.

Gunung Tebu

Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Besut, Terengganu. Lokasi Gunung Tebu ialah di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih dan 118 km dari Bandar Kuala Terengganu.

Pulau Perhentian

Senuah Jeti di Pulau Perhentian
Sebuah Jeti di Pulau Perhentian. Foto Flickr/Miki https://www.flickr.com/photos/82581805@N00/

Pulau Perhentian yang bermaksud ‘Pulau Laluan Hentian’ terbahagi kepada dua pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20km) ke Timur Laut Kuala Besut, Besut. Keluasan keseluruhan Pulau Perhentian adalah 1,392.15 hektar.

Kolam Air Panas  Kampung La

Kolam Air Panas Kampung La ini terletak di kawasan pendalaman Hulu Besut, kira-kira 35 km dari Bandar Jertih, Terengganu. Bersempadan dengan kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu dan FELDA Tenang, Hulu Besut, Kolam Air Panas Kampung La atau lebih dikenali “La Hot Spring” mula dibuka kepada orang ramai sebagai destinasi pelancongan pada tahun 1992.