Inap Kontena & Homestay Tepi Pantai Besut, Terengganu
Penginapan Deluxe dan Standard Famili
Terdapat empat penginapan Deluxe dan satu penginapan Standard Keluarga. Lima kontena bersaiz 20 kaki x 8 kaki diubah suai secara eksklusif menjadi penginapan Delux dan Standard Keluarga.
Penginapan Deluxe merupakan yang paling istimewa kerana di atasnya dibangunkan anjung tinjau berlantai papan untuk melihat keindahan pemandangan di sekeliling secara bird-eye-view.
Anjung Tinjau
Bagi yang berjiwa adventureous, anda dan rakan-rakan mungkin terfikir untuk bermalam di anjung tinjau sambil melihat bintang-bintang bertaburan di langit, sambil dihembus dengan angindari pantai. Tetapi, kami tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan anda! Khususnya yang tidur lasak pada waktu malam. Penginapan Deluxe ini dilengkapi dengan katil bersaiz Queen berlapis( cadar, selimut tebal, bed protector), lantai vinyl bercorak kayu, televisyen digital, pemanas air, shower, penyangkut baju, coffe chair untuk berdua serta peti sejuk.
Keluarga besar atau yang datang dengan rakan-rakan, kami menyediakan penginapan jenis dorm yang boleh memuatkan sehingga sembilan orang. Menarik bukan?!.
This is off canvas menu widget area. To enable it add some widgets into Appearance – Widgets – Menu Section, and go to Customizer – Main menu to set the icon position.