Tempat Menarik di Besut, Terengganu
BESUT ialah sebuah daerah di utara Terengganu, Malaysia. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh sementara pusat pentadbiran ialah di Kampung Raja. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar (304,848 ekar) dan penduduk seramai 118,058 (statistik tahun 1991). Daerah ini mempunyai pelbagai tempat dan kawasan menarik yang menjadi tumpuan para pelancong tempatan mahupun luar.…