SAND DUNE VILLA

HOMESTAY INAP KONTENA
Hubungi kami di talian 014-7830845 (Danial)

ALAMI percutian inap kontena di atas beting pasir persisiran sungai yang menghadap Laut Cina Selatan.

Aktiviti persisiran seperti membuat belacan dan jualan ikan segar berlatarbelakangkan Laut Cina Selatan akan menjadi pengalaman baru kepada warga kota tegar yang sentiasa dibelenggu dengan kesesakan trafik dan urusan seharian.

INFO

Jika berhajat untuk menikmati ikan laut yang segar, anda boleh bersama peraih yang lain seawal 6.30 pagi di lokasi nelayan menaikkan ikan.

Anda juga boleh membeli ketam nipah yang dijual berhampiran homestay kami.

Nikmati ikan bakar atau ketam bakar cecah sos

Fenomena perkampungan nelayan, aliran sungai yang mengalir lesu, lautan yang membiru menjadikan Sand Dune Villa ini sebagai homestay yang awesome!

Jika keadaan pasang surut mengizinkan serta tidak berisiko ketika tengkujuh, kami menyediakan aktiviti menelusuri keunikan sungai Benting Lintang.

Menjelang terbit matahari di ufuk timur serta tenggelam di barat, ialah waktu yang paling sesuai berada di anjung tinjau untuk melebur bersama senja dan subuh, mendengar suara alam seperti ayam berkokok, melihat monyet bergayutan, nyanyian pelbagai unggas dan bunyi bot nelayan memulakan hari, atau menutup tirai hari.


Semak kesediaan bilik sekarang untuk membuat tempahan.

KENAPA SAND DUNE PATUT MENJADI PLIHAN PERCUTIAN ANDA SEKELUARGA?

Apakah Sand Dune Villa?

SAND Dune Villa ialah `rumah kedua’ anda yang bertema inap kontena (container homestay) terletak perkampungan nelayan di Benting Lintang, Besut, Terengganu.

Bagi mengekalkan eksklusiviti pengunjung, kami tidak membuka banyak bilik bagi memastikan ketenangan dan keselesaan.

Terdapat dua saiz kontena yang digunakan iaitu 20’ panjang x 8’ lebar x 8.6’ tinggi dan sebuah lagi ialah 40’ panjang x 8.6’ lebar x 8.6’ tinggi.

Kemudahan dormitori dan kafetaria menggunakan kontena 40’ tinggi x 8’ lebar dan 8.6 ‘ tinggi.

DORMITORI

Dormitori boleh memuatkan sehingga sembilan pengunjung dengan selesa. Boleh sahaja untuk menempatkan lebih ramai pengunjung dengan tambahan tilam yang turut kami sediakan dengan permintaan.

Terdapat dua tandas dan dua bilik air, lantai vinyl kayu, berlangsir, dilengkapi penghawa dingin, televisyen berkualiti digital, shower dan pemanas air.

Yang lebih menarik ialah dormitori ini terletak bersebelahan dengan kolam renang keluarga dan kafeteria.

Pihak kami juga menyediakan sudut BBQ bagi yang ingin memenuhkan aktiviti petang dan malam dengan membakar ikan, daging, udang atau sotong-khususnya musim mencandat sotong.

Jadi, abang-abang mat motor, pelajar universiti yang ingin menghabiskan cuti semester, atau keluarga besar yang mahu merapatkan hubungan silaturrahim sambil bercuti, maka jangan buang masa, tempahlah sekarang kerana inap kontena (container homestay) Sand Dune Villa sering penuh pada waktu cuti atau pada hujung minggu.

KAFETERIA

Di Sand Dune Villa juga menjual makanan segera serta air minuman berperisa. 

Penginapan Deluxe dan Standard Family

Terdapat empat penginapan Deluxe dan satu penginapan Standard Keluarga.

Lima kontena bersaiz 20 kaki x 8 kaki diubah suai secara eksklusif menjadi penginapan Deluxe dan Standard Keluarga.

Penginapan Deluxe dilengkapi dengan katil bersaiz Queen berlapis ( cadar, selimut tebal, bed protector), lantai vinyl bercorak kayu, televisyen digital, pemanas air, shower, penyangkut baju, coffe chair untuk berdua serta peti sejuk.

BERANDA bilik Deluxe menghadap sungai Benting Lintang dan Laut Cina Selatan menawarkan kedamaian jiwa.

Penginapan Deluxe merupakan yang paling istimewa kerana di atasnya dibangunkan anjung tinjau berlantai papan untuk melihat keindahan pemandangan di sekeliling secara bird-eye-view. Dari anjung tinjau, pengunjung boleh bersantai atau melihat keindahan suasana pantai dan sungai sambil menghirup udara segar.Terdapat juga risiko ketika memanjat ke anjung tinjau dari beranda penginapan kerana tangga yang disediakan agak menegak dan tinggi. Oleh itu, keselamatan perlu diutamakan, khususnya bagi kanak-kanak yang masih di bawah jagaan ibu bapa. 

 

Tangga peribadi ke anjung tinjau di penginapan deluxe Sand Dune Villa

Tangga peribadi ke anjung tinjau di penginapan deluxe Sand Dune Villa

.

Bagi yang berjiwa adventureous, anda dan rakan-rakan mungkin terfikir untuk bermalam di anjung tinjau sambil melihat bintang-bintang bertaburan di langit, sambil dihembus dengan angindari pantai.

Tetapi, kami tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan anda! Khususnya yang tidur lasak pada waktu malam.

KOLAM RENANG

Kolam renang bersaiz keluarga merupakan tarikan utama kerana ia menjadi pusat kepada semua jenis penginapan yang mengelilinginya.

Keluar dari penginapan masing-masing dan boleh terus terjun ke dalam kolam!
Dua jenis kolam disediakan iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa.

Kami juga menyediakan kolam mandi fiberglass untuk bayi yang baru bertatih, bergantung kepada permintaan.

JETI

Kaki pancing bolehlah mencuba nasib di jeti ketika air pasang.

 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan aktiviti kayak bersama keluarga dan rakan-rakan! Anda akan terpersona melihat lambaian pepohon kelapa, aktiviti nelayan, sampan yang berlabuh di gigi air sungai.

 

Keindahan panorama yang mengasyikkan umpama anda sedang menyaksikan sekeping poskad!

 

LAUTAN

Bawa keluarga bemain pasir. Namun keselamatan mesti diutamakan!

TENGKUJUH DAN KAKI TIDUR

Inilah pakej pilihan sendiri, khususnya yang tidak pernah merasai suasana Pantai Timur ketika musim tengkujuh. Bagi kaki tidur… inilah waktunya berhibernasi di dalam kontena!

Mendengar dentuman angin dan raungan ombak Lautan China Selatan ialah satu fenomena yang sensasi bagi yang pertama kali mahu berteman tengkujuh.

KAKI PANCING

Bagi kaki pancing, kami juga ada menyediakan peralatan memancing serta umpan tiruan.

Terdapat kawasan memancing di sekitar inap kontena, sama ada di jeti kami, atau boleh cruise sepanjang sungai Benting Lintang untuk mencabar skil anda!

BBQ

Kami menyediakan tapak BBQ di setiap kontena. Jika stok masih ada, kayu arang boleh didapati di kedai runcit kampung.

Lebih baik bawa kayu arang sendiri kerana dikhuatiri kehabisan stok arang di kedai.

CRUISE SUNGAI

Tetamu Sand Dune Villa akan dibawa menyusur sungai Benting Lintang sehingga ke pantai Lagun Setiu menaiki sampan 16 kaki.

Di Pantai Lagun Setiu, pelanggan akan diberikan masa untuk bersantai menikmati keindahan pantai putih bersih yang berlatar belakang kebiruan Lautan Cina Selatan.

KEUNIKAN flora dan fauna sepanjang aktiviti susur Sungai Beting Lintang

AKTIVITI menyusur sungai Beting Lintang menjanjikan pengalaman baru kepada penginapan Sand Dune Villa

Pantai Lagun Setiu destinasi aktiviti menelusuri sungai Benting Lintang.