WELCOME
to
SAND DUNE VILLA

Cipta percutian bermakna bersama keluarga.

Nikmati masa berharga anda

Aktiviti & Persekitaran

SELAMAT DATANG KE SAND DUNE VILLA

Inap Kabin Beting Pasir

LOKASI percutian yang memenuhkan mood santai, beriadah, dan naluri adventure anda! Sand Dune Villa adalah inap desa (homestay) dengan konsep kabin kontena yang ekonomi dan menjimatkan sesuai dengan bajet anda.

Homestay kabin kontena kami menyediakan ruang dek khas sebagai anjung tinjau yang eksklusif bagi setiap unit bilik.

Bagi pencinta alam semulajadi, anda boleh mencerap keindahan ekosistem dari dek khas di bumbung inap kabin ini, yang pasti memberi keriangan seisi keluarga.

Kampung Beting Lintang, Besut, Terengganu

Anjung Tinjau Inap Kabin Sand Dune Villa

Bagi pencinta alam semulajadi, anda boleh mencerap keindahan ekosistem dari dek khas bumbung inap kabin, yang pasti memberi keriangan seisi keluarga.

Kepada ulat buku atau pencinta alam sekitar, sambil anda memenuhi masa dengan membaca atau menikmati pemandangan, kolam renang untuk anak-anak juga disediakan.

Pada sebelah petang anda boleh berbasikal sekitar kampung Beting Lintang atau menyusur pantai dan melihat sendiri nelayan turun ke laut atau naik ke darat sambil menikmati bayu laut

Pakej Aktiviti

Sand Dune Villa juga menyediakan pakej-pakej aktiviti riadah luaran. Nikmati pengalaman bersampan menyusur sungai berekosistem bakau, atau berskuba di Pulau Perhentian dengan jurulatih profesional pemegang PADI​

Membawa anak-anak ke pantai bermain di gigi ombak atau membina istana pasir pantai juga idea yang baik untuk mengikat talian kekeluargaan

Sand Dune Villa berada perkampungan nelayan yang menjadikan kawasan sekitarnya seumpama syurga aneka makanan laut seperti sotong, udang, ikan dan ketam.

Sebelah malam, bawa keluarga menikmati ikan bakar yang famous di jambatan menghala ke Besut.

Atau anda boleh mencuba sotong celup tepung atau udang celup tepung yang segar!

Terengganu? Ermmm… negeri indah, makanan pun
sedap…

Terokai keunikan pekan Kuala Besut yang kaya dengan pelbagai makanan tempatan – nasi dagang, nasi kerabu, keropok leko, sata, otak-otak, ikan bakar, ketupat sotong, telor sotong (bermusim), masakan panas siam, nasi berlauk dan banyak lagi!

Jom. Tunggu apa lagi!

Buat tempahan sekarang atau walk-in sahaja di inap kabin kami.
Kami bukan homestay biasa-biasa anda!

"An ocean breeze puts a mind at ease. .."

– Julia, Trip Advisor

FAQs

Jika anda tiba sebelum jam 3 petang (masa daftar masuk), anda boleh menggunakan tempat letak kereta dan kaunter penyambut tetamu boleh digunakan untuk simpanan bagasi sehingga bilik anda siap.

Tempat letak kereta tidak perlu ditempah. Sekiranya tempat letak kereta penuh, kakitangan kami akan membantu anda mencari pengaturan alternatif.

Penyambut tetamu sentiasa membenarkan penyimpanan bagasi anda selepas anda mendaftar keluar. Anda boleh mengambil bagasi anda semasa anda kembali.

Hubungi kami

Kampung Beting Lintang
22200 Besut, Terengganu

Tel: +6014 7830845